SK JALAN PASAR 2
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap
nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar
pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.
Enam tahun kemudian, iaitu pada
tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar
setengah kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk
memajukan sekolah ini. Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat
daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai
kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.
Menjelang tahun 1962, sekolah ini
semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi
tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung
kira-kira 220 orang murid.
Pada tahun 1975, sekolah ini
mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit.
Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh
Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
Ramai bekas murid sekolah ini
telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam
ataupun swasta.
p/s : walaupun tak minat jadi cikgu aku akan wat yg terbaik untuk anak didik aku...
No comments:
Post a Comment